
Advertisements
Menakjubkan! Gua ini jadi tempat terbaik untuk membina kehidupan
Menerima berita buruk dalam kehidupan kita boleh menjadi satu titik perubahan dalam hidup kita. Kadangkala, ia boleh menjadi titik perubahan ke arah yang lebih baik. Seorang lelaki British yang bernama Angelo Mastropieto telah mendapat tahu bahawa dia mengalami penyakit sklerosis. Lalu, dia memutuskan untuk berhenti kerja untuk membina rumah impiannya sendiri.
Rumahnya itu terletak di dalam sebuah gua yang ditemuinya pada tahun 2009 ketika dia keluar berbasikal dan berlindung di dalam gua untuk menyelamatkan diri dari hujan. Beberapa tahun kemudian, Angelo memutuskan untuk membeli gua itu. Dia juga membeli tanah di sekitar kawasan gua itu juga.
Pakar mengatakan bahawa gua Angelo itu telah berusia lebih daripada 700 tahun! Nak tahu macam mana keadaan gua ini? Baca lebih lanjut di halaman seterusnya!
Rumah gua yang menjadi idaman ramai

Angelo menemui sebuah gua yang berusia 700 tahun berhampiran Worcestershire di England. Selepas mengubahsuai gua ini, ia telah menjadi satu tempat yang tidak lagi kelihatan seperti sebuah gua. Di sini terdapat kedua-dua alat pemanas yang dipasang di bawah lantai, pancuran mandian dan juga sambungan Internet. Terdapat juga dapur yang cantik dihiasi dengan gaya moden.
Lupakan idea anda tentang gua yang gelap dan suram. Terdapat banyak pintu dan tingkap yang dibina bagi mendapatkan cahaya semulajadi yang mencukupi. Jumlah pelaburan dalam usaha untuk mengubah gua ini menjadi sebuah rumah idaman bukanlah sedikit. Angelo telah melabur £160,000 untuk mengubah gua ini dan ia mengambil masa kira-kira 1,000 jam dan kami fikir pelaburannya adalah pelaburan yang hebat. Ia memberi pulangan nilai yang bagus kerana rumah ini boleh digelar sebagai rumah idaman bagi kebanyakan orang.

Anda mungkin tidak pernah terfikir untuk tinggal di dalam gua. Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, bilik di dalam rumah gua ini terang-benderang! Setiap dinding dicat dengan baik dengan warna putih bersih untuk menjadikannya kelihatan luas dan cantik.
Sponsored Links
Ingin melihat lebih banyak gambar rumah ini? Baca halaman seterusnya!

Cahaya semula jadi yang indah masuk melalui tingkap dan pintu yang telah dipasang oleh Angelo di dalam rumah ini.

Ini adalah bilik mandi yang sangat cantik. Bilik mandi ini sebenarnya menggunakan air hujan untuk memberikan sumber air mandi!

Kami menyukai idea menggunakan bahan semula jadi untuk menghiasi rumah anda, sama ada dari batu-batuan atau kayu-kayan. Ia menjadikan rumah ini kelihatan hangat dan sempurna.

Lihat bahagian dapurnya! Ia mempunyai semua yang anda perlukan. Sama ada peti sejuk, dapur gas dan, sudah tentu, mesin kopi. Terdapat juga banyak ruang kabinet untuk menyediakan makanan untuk keluarga atau rakan-rakan.

Ia mengambil masa lebih daripada 1,000 jam untuk mengubahsuai rumah gua Angelo, tetapi tidakkah anda fikir ini adalah pelaburan yang berbaloi? Sebab rumah ini nampak sangat cantik!
Advertisements

Rumah yang cantik sebegini, siapa yang tidak mahu bertandang ke sini, kan?
Komen